
Beliau tidak menamakan 5 ahli yang belum mengisytiharkan aset masing-masing, tetapi perkara itu dipandang serius.
“Saya akan ambil perhatian berat dan minta ia segera disempurnakan,” katanya di Dewan Rakyat.
Muhyiddin berkata perkara sama akan dilakukan di peringkat timbalan menteri dan ahli Parlimen Perikatan Nasional.
“Saya hendak ucapkan tahniah kepada pihak sana (pembangkang) yang sudah menyelesaikan isu ini,” katanya.
Muhyiddin menjawab soalan tambahan daripada Teo Nie Ching (PH-Kulai) tentang perkembangan perkara itu, selepas Muhyiddin pada sidang media 11 Mac mengumumkan ahli Kabinet dikehendaki mengisytiharkan harta dalam tempoh sebulan.
Muhyiddin hari ini memaklumkan terdapat salah faham dalam ucapannya dan menjelaskan tempoh masa diberikan adalah 3 bulan.
“Tataetika untuk isytihar harta ini bukan sebulan tetapi 3 bulan. Sebab itu masa yang diberikan sudah mencukupi,” katanya.