Pemandu dipercayai mabuk parah rempuh tembok masjid di Bukit Mertajam

Pemandu dipercayai mabuk parah rempuh tembok masjid di Bukit Mertajam

Polis berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi hari ini lelaki berusia 23 tahun itu memandu bersendirian dan siasatan awal mendapati beliau di bawah pengaruh alkohol.

Kenderaan milik seorang lelaki rosak teruk selepas keretanya terbabas dan merempuh tembok Masjid Jamek Tengah Berapit, Jalan Berapit, Bukit Mertajam di sini, awal pagi hari ini. (Gambar Facebook)
BUKIT MERTAJAM:
Seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh pagar Masjid Jamek Tengah Berapit di Jalan Berapit di sini, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Shafee Abd Samad, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, lelaki berusia 23 tahun itu memandu bersendirian dan siasatan awal mendapati beliau di bawah pengaruh alkohol.

“Kemalangan berlaku di laluan lurus dan pemandu di percayai hilang kawalan sebelum terbabas serta merempuh pagar masjid itu,” katanya di sini, hari ini.

Pemandu yang cedera parah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki yang tinggal di Kampung Aston Road itu negatif daripada penggunaan dadah dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.