Wartawan sedang bersiaran langsung diacu pisau dan dirompak

Wartawan sedang bersiaran langsung diacu pisau dan dirompak

Wartawan CNN, Bruna Macedo sedang berlintas langsung mengenai paras air di Jambatan Bandeiras di Sao Paulo tiba-tiba diacu pisau lelaki tidak dikenali.

Wartawan CNN, Bruna Macedo sedang berlintas langsung mengenai paras air di Jambatan Bandeiras di Sao Paulo tiba-tiba diacu pisau lelaki tidak dikenali.

Mungkin disebabkan desakan hidup yang berada dalam kesempitan disebabkan pandemic Covid-19 membuatkan sesetengah orang hilang kewarasan apabila sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan.

Itulah yang berlaku terhadap seorang wartawan apabila dia dirompak lelaki gelandangan ketika sedang bersiaran langsung di televisyen.

Ketika kejadian, Bruna Macedo, seorang wartawan CNN Brazil sedang membuat lintas langsung mengenai kenaikan paras air yang disebabkan oleh hujan lebat di Jambatan Bandeiras di Sao Paulo.

Macedo juga ketika itu sedang berkomunikasi dengan penyampai berita, Rafael Colombo kira-kira 2 minit sebelum seorang lelaki yang memakai baju dengan penutup kepala menghampirinya.

Rakaman kamera menunjukkan Macedo perasan kehadiran lelaki berkenaan dan cuba menyapanya.

Namun dalam masa yang amat pantas, lelaki berkenaan mengacukan pisau sambil meminta Macedo menyerahkan barang berharga.

Wartawan itu yang kelihatan terkejut, mengundur beberapa langkah ke belakang dan menyerahkan telefon bimbitnya.

Rakaman di lokasi itu berakhir apabila kamera kemudiannya dihalakan ke arah lain.

Difahamkan lelaki itu berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dengan 2 telefon bimbit.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada suspek telah ditangkap atau sebaliknya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.