5 dituduh culik ahli perniagaaan yang ditemui mati

5 dituduh culik ahli perniagaaan yang ditemui mati

Tiada pengakuan bersalah dicatatkan daripada 5 orang yang dituduh.

Seorang daripada 6 individu di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya.
PETALING JAYA:
Lima individu termasuk seorang warga Bangladesh dituduh di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan yang kemudian ditemui mati.

Azahari Shahrom Shaihmi, 56; Kasi Nasrul, 42, dari Bangladesh; Mohd Durai Abdullah, 52; Sheikh Ismail Sheikh Hassan, 26; dan N Vikneswarar, 28, dituduh bawah Akta Colek yang membawa memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amor Abdul Hamid melakukan pendakwaan, manakala 5 individu terbabit tidak diwakili peguam.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Taman Kejiranan Central Spine, Jalan Margosa, Bandar Sri Damansara pada 10.30 pagi 19 Jun.

Individu ke-6, K Ramancharan dituduh bersubahat.

Ramancharan, 52, yang bergelar “Datuk”, diwakili R Sivaraj.

Tiada pengakuan salah dicatatkan.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menetapkan pengurusan kes pada 27 Ogos. Tiada ikat jamin diberi pada 6 orang itu.

Mangsa, R Arumugam, dilaporkan diculik semasa bersenam di sebuah taman permainan. Arumugam, 55, bergelar “Datuk Seri”.

Mayatnya ditemui pada 27 Jun.

Wang tebusan RM550 juta dituntut daripada keluarga mangsa tetapi tiada bayaran dibuat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.