
Fayhsal berkata, beliau sendiri akan mendengar luahan dan keluhan dihadapi Khalid memandangkan kebajikan atlet merupakan tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.
“Pertemuan untuk saya dengar sendiri cabaran beliau selaku bekas hero bola sepak negara. Kebajikan atlet adalah di bawah tanggungjawab KBS melalui YAKEB.
“Jadi tidak salah saya sendiri menyantuni beliau. Apa-apa bantuan yang terdaya, kami akan rancang dan fikirkan kemudian,” katanya kepada FMT hari ini.
Sebelum ini, menerusi siaran langsung di Facebook, Khalid bertindak melelong koleksi berharganya sepanjang bergelar pemain boleh sepak tanah air, termasuk jersi, medal dan trofi kasut emas yang dimenanginya pada 2002.
Difahamkan, Khalid yang pernah beraksi bersama Selangor dan Kelantan terpaksa “melepaskan” barangan yang mempunyai nilai sentimental tinggi itu atas faktor kewangan selepas 3tahun tiada pekerjaan meskipun memiliki lesen kejurulatihan kelas B.
“Tiga tahun sudah tidak bekerja, macam-macam hendak kena tarik. Kalau saya sudah ada kerja yang “established”, saya tidak akan buat kerja bodoh ini, serius,” katanya sewaktu bersiaran langsung di Facebook, pada 3 Julai lalu.
Kali terakhir Khalid memimpin pasukan dalam saingan Liga Malaysia adalah sebagai penolong jurulatih PDRM FA 3 tahun lalu.