Umno Sabah sedia terima semula bekas pemimpin, ahli

Umno Sabah sedia terima semula bekas pemimpin, ahli

Rabu lalu, bekas bendahari Umno Salleh said Keruak mengesahkan telah memohon untuk menyertai semula parti itu pada 26 Mei.

Pengarah komunikasi Umno Sabah Ghazalie Ansing (kiri) berkata, parti itu telah membuat keputusan berhubung permohonan bekas bendahari Umno Salleh Said Keruak untuk menyertai semula Umno.
KOTA KINABALU:
Umno Sabah membuka pintu kepada semua bekas pemimpin, ahli dan juga individu lain yang ingin menyertai perjuangan parti itu.

Pengarah komunikasi Umno negeri Ghazalie Ansing berkata, pendirian Umno Sabah sejak dari awal lagi cukup jelas mengenai penyertaan semula bekas pemimpin dan ahli parti itu.

“Justeru tidak timbul soal perlunya perbincangan pengerusi Umno Sabah bersama ketua bahagian terlebih dahulu sebelum menerima penyertaan bekas pemimpin dan ahli Umno,” katanya mengulas kenyataan ketua Umno Kota Belud Fadli Juanas mengenai permohonan bekas bendahari Umno, Salleh Said Keruak menyertai semula parti itu.

Dalam kenyataan itu Fadli berkata, permohonan mana-mana individu yang sudah meninggalkan Umno perlu dikaji semula dari segala sudut.

Rabu lalu, Salleh yang juga bekas ketua menteri Sabah mengesahkan telah memohon untuk menyertai semula Umno pada 26 Mei lepas selepas keluar daripada parti itu secara “en-bloc” pada 12 Disember 2018.

Dalam pada itu Ghazalie berkata, Umno Sabah dijangka akan menerima lebih ramai lagi pemimpin dari pelbagai parti yang akan menyertai parti itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.