2 kes baru Covid-19, jumlah pesakit sembuh 96.7%

2 kes baru Covid-19, jumlah pesakit sembuh 96.7%

Empat pesakit sedang dirawat di ICU dan 1 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

PETALING JAYA: Dua kes baru Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 20 pesakit pulih hari ini, menjadikan keseluruhan kes sembuh 8,354 atau 96.7%.

Jumlah kematian kekal 121 orang apabila tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 4 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan seorang daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, satu daripada 2 kes baru itu ialah kes import, manakala satu lagi kes jangkitan tempatan, iaitu saringan pra-rujukan di Hospital Kota Belud, Sabah.

“Kedua-dua kes ini melibatkan warganegara Malaysia. Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dilaporkan hari ini.”

Hisham mengingatkan orang ramai tidak alpa dengan trend penurunan kes Covid-19 di Malaysia, sebaliknya perlu berwaspada, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan langkah pencegahan.

“Pematuhan SOP paling utama dalam memastikan kes Covid-19 di negara kita terus berkurangan memandangkan lebih banyak sub-sektor akan dibuka pada 1 Julai.

“Kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk kita sama-sama memutuskan rantaian penularan Covid-19 di Malaysia.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.