Taman tema, aktiviti air dibenar dibuka mulai 1 Julai

Taman tema, aktiviti air dibenar dibuka mulai 1 Julai

54 taman tema seluruh negara melibatkan 10,000 tenaga kerja dibenar beroperasi semula dengan syarat ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pengusaha taman tema air perlu mengikut garis panduan pengurusan dan penyelengaraan kolam renang awam oleh pihak berkuasa tempatan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti taman tema, termasuk taman tema air beroperasi semula mulai 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaacob berkata, sebanyak 54 taman tema seluruh negara melibatkan 10,000 tenaga kerja dibenar beroperasi dengan syarat ketat.

“Pengusaha semua taman tema perlu mematuhi SOP yang ditetapkan, termasuk memastikan penjarakan sosial dipatuhi pada setiap masa, had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan taman tema.

“Pengunjung juga perlu menjalani proses pendaftaran melalui aplikasi Mysejahtera serta pemeriksaan suhu badan dan penyediaan pensanitasi tangan.

“Pengusaha taman tema perlu mengikut garis panduan pengurusan dan penyelengaraan kolam renang awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya pada sidang media hari ini.

65 individu ditahan langgar SOP, termasuk berjudi

Pada hari ke-19 pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) semalam, polis menahan 65 individu kerana melanggar perintah itu, termasuk berjudi.

“Polis menahan 65 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, 36 individu direman, manakala 29 individu lagi dikenakan kompaun.

“Antara aktiviti terlarang yang melanggar SOP termasuklah acara dan pertandingan sukan, aktiviti karaoke atau pusat hiburan keluarga dan aktiviti judi atas talian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.