
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Noorzainy Mohd Noor berkata, sepasukan polis yang menjalankan rondaan di kawasan itu pada 1.30 pagi mendapati 11 lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun itu sedang bermain bola sepak di taman berkenaan.
“Ketika disoal siasat mereka mengaku mengetahui mengenai larangan bermain bola sepak ketika PKPP, namun ingkar dan gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Katanya, semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU sebelum polis mengeluarkan kompaun setiap seorang kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Beliau turut meminta kerjasama agar orang ramai di daerah itu supaya terus memberikan kerjasama dengan mematuhi PKPP kerana penularan pandemik Covid-19 belum berakhir.