Prosedur ROS lambatkan pendaftaran ahli, kata ketua Warisan Kota Belud

Prosedur ROS lambatkan pendaftaran ahli, kata ketua Warisan Kota Belud

Ketua Warisan Kota Belud berkata, pendaftaran cawangan perlu melalui proses yang panjang seperti ditetapkan oleh ROS.

Ketua Warisan Kota Belud Isnaraissah Munirah Majlis berkata, pemohonan kumpulan individu dari 4 cawangan di daerah itu, yang mengisytiharkan keluar parti atas isu keahlian, diterima pada Ogos tahun lepas, bukan lebih setahun seperti didakwa. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Ketua Warisan Kota Belud Isnaraissah Munirah Majlis menafikan berlakunya diskriminasi terhadap mana-mana individu yang mahu menyertai parti itu, tetapi berkata, penangguhan pendaftaran mereka disebabkan oleh prosedur yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau berkata, pemohonan sekumpulan individu dari 4 cawangan di daerah itu, yang mengisytiharkan keluar parti atas isu keahlian, diterima pada Ogos tahun lepas, bukannya lebih setahun seperti didakwa.

“Kami tidak pernah menolak mana-mana borang keahlian yang dihantar ke ibu pejabat parti, sebaliknya kami tidak menerimanya, melainkan untuk tujuan pemeriksaan silang sama ada berlaku permohonan bertindih atau tidak.

“Semua prosedur ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan susulan wabak Covid-19 baru-baru ini, pemprosesan keahlian mereka terganggu sementara kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP),” kata ahli Parlimen Kota Belud itu hari ini.

Munirah berkata, pendaftaran cawangan misalnya perlu melalui proses yang panjang seperti ditetapkan oleh ROS.

Munirah yang juga merupakan salah seorang pemimpin sayap Pemuda Warisan berkata, beliau sedar bahawa kumpulan yang keluar parti itu merupakan bekas ahli Umno Sabah, tetapi menegaskan ia bukan sebab permohonan keahlian mereka tertangguh.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menamakan presiden parti itu Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) Munirah berkata, tidak ada sebab kenapa rakyat Malaysia harus menolak beliau sebagai perdana menteri.

“Sebagai orang Sabah, kenapa pula pemimpin negri ini tidak boleh mengetuai kerajaan persekutuan. Shafie mempunyai bakat dan kebolehan sama untuk memimpin negara.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.