
PETALING JAYA: Polis menemui mayat seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang diculik selepas berjoging lebih 2 minggu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata mayat mangsa ditemui di dalam belukar di Batu 27 Jalan Rawang Bestari Jaya, dekat Rawang kira-kira 9 pagi tadi.
“Pada 10.30 pagi 10 Jun lalu, seorang ahli perniagaan lelaki bergelar Datuk Seri yang berusia 55 tahun diculik ketika berjoging di Taman Permainan Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis akan ke Taman Koskan di Sungai Choh, Rawang untuk menjalankan siasatan lanjut.