
Jumlah kematian kekal 121 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, 2 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tetapi tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.
Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,616 kes Covid-19 dengan 8,308 daripadanya sembuh.
187 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara.
Noor Hisham berkata, daripada 10 kes baru yang dilaporkan, 4 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 1 warganegara Malaysia dan 3 lagi pemastausin tetap yang dibenar masuk ke negara ini atas urusan kerja.
Beliau berkata, 6 kes penularan dalam negara, 4 merupakan rakyat tempatan dan 2 bukan warganegara.
Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan rakyat Malaysia (4 kes) adalah seperti berikut:
- Selangor: 1 kes saringan pra-pembedahan;
- Kuala Lumpur: 3 kes daripada saringan pelajar tahfiz.
Manakala itu, kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara (2 kes) adalah seperti berikut:
- Negeri Sembilan: 1 kes saringan Orang Kena Tuduh (OKT) yang baru dimasukkan ke lokap:
- Sabah: 1 kes saringan di tempat kerja.