Sabah benar peniaga, pelabur asing masuk

Sabah benar peniaga, pelabur asing masuk

Ketua Menteri Shafie Apdal berkata, mereka dikehendaki mengisi borang perisytiharan kesihatan dan mematuhi SOP ditetapkan.

Sebuah kedai loteri diarah tutup minggu lepas di Sabah selepas dibuka selama beberapa jam. Operasi loteri di negeri ini dibuka semula hari ini.
KOTA KINABALU:
Sabah memberi lampu hijau kepada kemasukan peniaga dan pelabur asing ke negeri itu bermula hari ini.

Ketua Menteri Shafie Apdal bagaimanapun berkata, mereka dikehendaki mengisi borang perisytiharan kesihatan dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan Jabatan Kesihatan.

Kebenaran masuk itu pada masa sama adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa berkaitan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pelanggan judi di Sabah juga dibenarkan berbaris di premis loteri selepas kerajaan negeri membenarkan operasinya dimulakan semula.

Sebelum ini, premis berkenaan tidak dibenarkan dibuka walaupun kedai sama di semenanjung mula beroperasi semula bermula minggu lepas.

Shafie berkata, kolam renang dan kedai billiard juga dibenarkan dibuka sekarang.

“Masa operasi adalah tertakluk kepada SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

“Kerajaan mahu mengingatkan semua kumpulan masyarakat di Sabah supaya menghindari tempat sesak, ruang tertutup dan perbualan dekat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.