
PARIS: Lebih 9 juta orang di seluruh dunia dijangkiti koronavirus, menurut kiraan AFP berdasarkan sumber rasmi, setakat Isnin 3.20pm.
Lebih separuh daripada 9,000,091 kes dilaporkan di Eropah dan Amerika Syarikat: Eropah melaporkan 2,537,451 kes dan Amerika Syarikat 2,281,903 kes.
Bilangan kes seluruh dunia berganda sejak 16 Mei dan lebih 1 juta kes baru dilaporkan dalam tempoh 7 hari lalu.
Angka rasmi bagaimanapun hanya sebahagian daripada bilangan sebenar, kerana banyak negara hanya menguji kes serius.