
Manakala bagi pas lawatan sosial yang tamat semasa tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), warga asing berkenaan boleh terus ke lapangan terbang untuk pulang ke negara masing-masing.
“Dalam tempoh 14 hari dari tarikh PKPP tamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tempoh PKP adalah dari 18 Mac hingga 4 Mei, manakala PKPP pula 10 Jun hingga 31 Ogos.
Sementara itu, Ismail memaklumman pengusaha dan pemlik kolam renang awam, kolam renang di hotel, pangsapuri, dan komuniti berpagar, dan kolam persendirian perlu mendaftarkan pembukaan kolam dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Pendaftaran perlu dibuat di laman web notification.miti.gov.my bagi tujuan pematuhan kepada tatacara operasi standard (SOP) dan pemantauan serta penguatkuasaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pihak berkuasa tempatan.
Kerajaan membenarkan aktiviti riadah dijalankan di kolam berkenaan bermula 1 Julai, tertakluk kepada syarat bagi mengawal penularan Covid-19 di fasa pemulihan.