Saintis dakwa gerhana matahari boleh hapuskan Covid-19?

Saintis dakwa gerhana matahari boleh hapuskan Covid-19?

Seorang saintis dari India percaya penularan Covid-19 bermula selepas partikel yang telah melalui proses mutasi bercampur dengan neutron yang terhasil selepas fenomena gerhana matahari.

Mungkinkah fenomena gerhana matahari dapat menghapuskan virus Covid-19?

Bermacam-macam teori dikeluarkan tentang punca penularan wabak Covid-19 sebelum ini.

Jika diimbas kembali, ada yang kata ia bermula dari pasar haiwan eksotik di Wuhan.

Malah ada juga yang mendakwa ia terlepas daripada sebuah makmal virus dan menyalahkan pembangunan gelombang 5G sebagai punca penyebarannya.

Terbaru, ada pula yang mengaitkannya dengan proses gerhana matahari!

UK Express melaporkan, seorang saintis dari India mendakwa beliau percaya penularan wabak itu bermula selepas partikel-partikel yang telah melalui proses mutasi bercampur dengan neutron yang terhasil selepas fenomena gerhana matahari.

Bagi menguatkan dakwaannya, Dr. KL Sundar Krishna menjelaskan ia susulan daripada kemunculan terakhir gerhana matahari pada 26 Disember tahun lalu, di mana virus itu dikatakan muncul daripada lapisan atmosfera atas.

Katanya, di lapisan itulah berlakunya mutasi struktur molekul yang berkemungkinan menjadi punca terjadinya penularan virus tersebut.

Dan disebabkan ia berpunca dari gerhana matahari, beliau juga percaya fenomena alam sama dapat menghapuskan virus itu.

Katanya, sinaran matahari yang kuat ketika gerhana dipercayai berupaya menyahaktif virus itu dan sekali gus menamatkan penularannya di seluruh dunia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.