
BEIJING: China melaporkan 18 kes koronavirus baru semalam, 9 daripadanya dilaporkan di Beijing, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini.
Berbanding 26 kes yang disahkan kelmarin, 22 daripadanya dilaporkan di Beijing. Pihak berkuasa tempatan mengawal pergerakan orang ramai di ibu negara dan menggiatkan kawalan lain bagi menghalang virus daripada menular susulan beberapa siri jangkitan tempatan.
Tujuh lagi pesakit Covid-19 tanpa gejala dilaporkan setakat semalam berbanding 6 kelmarin. China tidak menganggap pesakit berkenaan sebagai kes yang disahkan.