
Pesakit Covid-19 yang berada dalam keadaan kritikal perlu menggunakan ventilator dan diberi rawatan rapi oleh pihak hospital.
Namun, malang bagi seorang lelaki ini apabila dia meninggal dunia disebabkan kecuaian ahli keluarganya sendiri.
Menurut Guff News, lelaki tersebut sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Maharao Bhimsingh dekat Rajasthan, utara India.
Difahamkan pada 15 Jun lepas, ahli keluarganya berada di dalam bilik rawatan dan mula berasa panas.
Tanpa berfikir panjang, mereka telah mematikan suis ventilator tersebut untuk menghidupkan penghawa dingin.
Menurut Times Now News, keluarga lelaki itu membawa penghawa dingin bergerak atau cooler dari rumah yang perlu dipasangkan menggunakan suis.
Jadi mereka matikan suis ventilator untuk gantikan dengan suis cooler tersebut.
Beberapa minit selepas itu, keadaan lelaki tersebut semakin parah kerana ventilator kehabisan bateri.
Keluarganya kemudian memaklumkan kepada doktor yang terus melakukan bantuan CPR namun lelaki itu gagal di selamatkan dan disahkan meninggal dunia.
Apa yang memeranjatkan, ahli keluarganya menyalahkan doktor dan kakitangan hospital kerana gagal menyelamatkan mangsa.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]