KKM kesan kluster baru Covid-19 di Sepang

KKM kesan kluster baru Covid-19 di Sepang

Penularan Covid-19 di Sepang disyaki berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini terdapat 5 kes positif Covid-19 yang dikesan dalam kluster baru di Labu Lanjut, Sepang.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan memaklumkan satu kluster baru Covid-19 telah dikesan di Labu Lanjut, Sepang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini, terdapat 5 kes positif Covid-19 yang dikesan dalam kluster ini.

“Kes indeks adalah merupakan seorang pesakit yang dirawat untuk Acute Respiratory Infection (ARI) di Hospital Serdang dan beliau dikesan positif pada 5 Jun 2020.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection – ACD) mendapati bahawa 4 ahli keluarga beliau (iaitu 2 orang anak dan 2 cucu) juga dikesan positif COVID-19.

“Tiga ahli keluarga tinggal serumah dengan beliau, manakala seorang lagi dari tempat kediaman yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Hisham berkata, siasatan dan saringan kontak rapat terus dijalankan dan setakat ini 29 orang dikenal pasti dan disaring.

Katanya, 25 kontak rapat didapati negatif Covid-19.

“Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan, namun penularan Covid-19 disyaki mungkin berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.