
Perniagaan yang sangat ditunggu untuk beroperasi semula selepas seluruh masyarakat dunia menjalani kuarantin merupakan kedai gunting rambut atau salon.
Ini kerana setiap orang sudah pasti akan berkunjung sekurang-kurangnya sekali dalam masa sebulan untuk melakukan rawatan atau potong rambut.
Bagaimanapun kebimbangan penularan wabak Covid-19 membuatkan semua terus mengambil langkah berhati-hati.
Di United Kingdom, pendandan rambut diminta supaya tidak berbual dan ia dianggap sebagai salah satu SOP yang perlu diikut supaya mereka dapat kembali beroperasi pada bulan depan.
Soalan-soalan seperti “Bilakah kamu pergi bercuti?” atau “Apa yang kamu rancang pada hujung minggu ini?” tidak digalakkan sama sekali ketika mencuci rambut pelanggan.
Jika mereka mahu beroperasi semula pada awal Julai, pendandan rambut diminta untuk mengamalkan “peraturan senyap”.
Langkah tersebut bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
Persekutuan Rambut dan Kecantikan Kebangsaan (NHBF) menasihatkan semua ahlinya untuk mengurangkan perbualan bagi melindungi pekerja dan pelanggan.
Kedai dandanan rambut sebelum ini antara premis perniagaan di UK yang tidak dibenarkan beroperasi berikutan pandemik Covid-19.
Kini, persekutuan itu menggesa kerajaan untuk segera mengeluarkan garis panduan penuh apabila salun memerlukan tempoh dua minggu untuk melakukan persiapan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]