
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini, terdapat 6 kes dikesan dalam kluster itu.
“Kes indeks adalah merupakan seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di mana beliau dikesan positif pada 12 Jun lalu.
“Aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati bahawa ahli keluarga beliau (ibu, bapa dan 2 adik-beradik) juga dikesan positif Covid-19,” katanya pada sidang media hari ini.
Hisham berkata seorang rakan kepada bapa kes ini juga didapati positif Covid-19.
Setakat ini 231 orang dikenalpasti dalam siasatan dan saringan kontak rapat.
“163 orang disaring dan semuanya adalah negatif Covid-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.