
Dalam perkembangan sama, 6 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,535 orang sehingga kini.
“Daripada 6 kes baru yang dilaporkan, 2 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 1 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap,” katanya pada sidang media hari ini.
Empat kes penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu 1 di Kuala Lumpur (kes saringan pusat tahfiz), 1 di Selangor (kontak rapat kepada kes 8513), 1 di Negeri Sembilan, dan 1 di Sarawak (kluster Kidurong).
Ketika ini, seramai 344 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 3 di unit rawatan rapi dan tiada memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, Hisham mengumumkan 70 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 8,070 orang sehingga kini.