
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan tiada kematian dilaporkan hari ini.
“Seramai 127 pesakit dikaitkan dengan Covid-19 dibenarkan keluar wad, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang di discaj adalah seramai 8,000 orang.
“Manakala, seramai 4 individu dimasukkan ke unit rawatan rapi,” katanya di Twitter.
Noor Hisham berkata, daripada 14 kes baru dilaporkan, 3 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 2 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara, yang merupakan permastautin tetap.
“Daripada 11 kes penularan dalam negara, 7 kes adalah bukan warganegara, manakala 4 kes adalah di kalangan warganegara,” katanya.
Jelasnya bagi 7 kes dalam kalangan bukan warganegara, 2 kes berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kes di Selangor, 2 kes di Sarawak, 1 kes di Perak dan 1 kes di Sabah, membabitkan kes saringan orang kena tahan di lokap di Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang.
“Manakala, 4 kes membabitkan warganegara Malaysia adalah kes di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, 2 kes kluster depot tahanan imigresen Bukit Jalil, mereka merupakan kakitangan bertugas di sana.
“Di Sarawak 2 kes, 1 kes saringan pra-pembedahan di Hospital Umum Sarawak dan 1 kes saringan untuk ke luar negara atas urusan penting,” katanya.