
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata, pembukaan semula pusat dan taman hidupan liar itu susulan pengumuman kerajaan yang membenarkan sektor eko-pelancongan kembali beroperasi seperti biasa.

Beliau menegaskan, pusat dan taman hidupan liar berkenaan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mencegah penularan Covid-19.
“Perlu diingatkan bahawa 3 tempat popular ini hanya dibuka kepada pelancong tempatan dan rakyat Malaysia sahaja buat masa ini.
“Saya menasihati pengunjung agar mematuhi SOP ditetapkan sebagai satu norma baru bagi mencegah penularan Covid-19 ketika melawat ke tempat berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.