Penunjuk perasaan di Miami cair selepas anggota polis melutut mohon maaf

Penunjuk perasaan di Miami cair selepas anggota polis melutut mohon maaf

Tindakan polis berlutut itu disusuli dengan tangisan dianggap sebagai suatu yang di luar jangkaan, malah dalam masa yang sama penunjuk perasaan turut berlutut.

Tindakan polis berlutut itu disusuli dengan tangisan dianggap sebagai suatu yang di luar jangkaan, malah dalam masa yang sama penunjuk perasaan turut berlutut. (Gambar AP)

Polis Miami dilihat berjaya mencairkan hati penunjuk perasaan yang berhasrat menyerang mereka apabila mengambil tindakan segera berlutut memohon maaf atas insiden kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd.

Menerusi rakaman Youtube yang dikongsi pengguna Facebook Bigscout Nana Prempeh, tindakan itu disusuli dengan tangisan daripada semua anggota polis dan dianggap sebagai suatu yang di luar jangkaan.

Malah, dalam masa yang sama penunjuk perasaan turut berlutut melakukan perkara yang sama.

Tunjuk perasaan bagi memprotes kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd, apabila seorang anggota polis meletakkan lutut pada leher mangsa ketika menahannya berlarutan sejak tragedi itu berlaku Isnin.

Kekejaman dialami Floyd, yang dilihat merayu apabila anggota polis dilihat merebahkan badan mangsa ke jalan tar, dengan lutut salah seorang daripada mereka menekan tengkuknya, dirakam orang awam menggunakan telefon pintar.

Kemarahan orang awam bertambah dengan tersebarnya video menunjukkan Floyd merayu dilepaskan ketika dikasari pegawai polis terbabit dan jasadnya terkulai tanpa nyawa selepas 5 minit, apabila polis mengarahkannya menaiki kereta peronda.

Tindakan itu disifatkan sebagai satu lagi kekejaman dan penindasan polis terhadap warga AS berketurunan Afrika.

Keluarga Floyd menuntut ketiga-tiga pegawai polis yang berada di tempat kejadian dipecat dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.