
Panel 3 hakim yang menjatuhkan hukuman bukan berbentuk penjara itu pada 1 Jun 2018, turut mengarahkan Rafizi membayar ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Ia selepas Rafizi menarik balik rayuannya terhadap sabitan memiliki laporan itu, yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Naib presiden PKR itu hanya merayu untuk mengurangkan hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi.
Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir yang juga penjamin Rafizi, hukuman bon itu berakhir kelmarin.
“Saya merupakan penjamin Rafizi buat sekian kalinya dan saya tidak pernah merasa sangsi terhadap kesungguhan beliau menegakkan kebenaran.
“Kita seharusnya mengambil ikhtibar terhadap derita dan keperitan beliau melawan rasuah dan salah guna kuasa,” tulisnya dalam catatan Facebook semalam.
Pada 14 Nov 2016, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan terhadap Rafizi atas 2 pertuduhan memiliki halaman 98 laporan audit 1MDB dan mendedahkan kandungan dokumen itu dalam sidang media pada 24 Mac 2016 di bangunan Parlimen.
Mahkamah memerintahkan beliau menjalani 2 hukuman penjara 18 bulan itu serentak.