
PETALING JAYA: UMW Holdings Bhd hari ini mengumumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Badrul Feisal Abdul Rahim meninggal dunia pada usia 50 tahun.
Syarikat itu berkata, Badrul meninggal dunia semalam.
“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” tulis syarikat itu dalam catatan di Facebook.
Badrul dilantik sebagai presiden dan CEO kumpulan pada 1 Okt 2015.
Beliau pada mulanya menyertai syarikat itu sebagai pengurus besar kanan pada Disember 2010.
Badrul pernah memegang jawatan kanan di Khazanah Nasional Bhd, Proton, Lotus, DRB-Hicom dan Tenaga Nasional Bhd.