Nenek berusia 100 tahun berjaya ‘lawan’ Covid-19 selepas sebulan dirawat

Nenek berusia 100 tahun berjaya ‘lawan’ Covid-19 selepas sebulan dirawat

Kamtim yang dilahirkan pada 1920, dibenarkan keluar daripada hospital selepas menerima rawatan selama sebulan di sebuah hospital di Surabaya.

Kamtim yang dilahirkan pada 1920, dibenarkan keluar daripada hospital selepas menerima rawatan selama sebulan di sebuah hospital di Surabaya. (Gambar AFP)

Siapa sangka seorang nenek berusia 100 tahun disahkan pulih daripada Covid-19, sekaligus menjadikannya sebagai individu tertua yang “terselamat” daripada wabak maut itu di Indonesia.

Kamtim yang dilahirkan pada 1920, dibenarkan keluar daripada hospital baru-baru ini selepas menerima rawatan selama sebulan di sebuah hospital di Surabaya.

Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa berkata dia berharap kisah Kamtim yang berjaya berjuang menentang Covid-19 pada usia lanjut memberikan semangat kepada orang lain untuk terus melawan wabak itu.

“Saya harap pemulihannya dapat memotivasi ramai lagi pesakit tua semasa pandemik ini,” tambah Parawansa.

Kamtim dibawa ke hospital bulan lalu setelah menunjukkan simptom dan dia disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Menantu warga emas itu, Siti Aminah berkata, rahsia kepada kesembuhan ibu mentuanya adalah “disiplin dan kegigihan”.

“Setiap hari saya memantau keadaannya dengan jururawat dan mereka selalu memberitahu saya bahawa dia sangat kuat dan rajin mengambil ubatnya,” kata Siti Aminah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.