Zon merah Covid-19 kurang kepada 5 daerah

Zon merah Covid-19 kurang kepada 5 daerah

Hulu Langat, Rembau, Bukit Jalil, Ibu Kota dan Pudu masih mencatatkan lebih 40 kes aktif.

Sesebuah daerah diisytiharkan zon merah apabila ia mencatatkan lebih 40 kes aktif Covid-19.
PETALING JAYA:
Hanya 5 daerah yang masih dikategorikan sebagai zon merah Covid-19 di seluruh negara kerana mencatatkan lebih 40 kes aktif, menurut infografik Kementerian Kesihatan.

Lima zon merah itu ialah Hulu Langat di Selangor, Rembau di Negeri Sembilan dan 3 daerah lain di Kuala Lumpur, iaitu Bukit Jalil, Ibu Kota serta Pudu.

Infografik KKM menunjukkan Bukit Jalil mempunyai 284 kes aktif, disusuli Ibu Kota (161), Hulu Langat (123), Rembau (83) dan Pudu (57).

Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu pula dikategorikan sebagai negeri zon hijau kerana tiada daerah yang mempunyai kes aktif Covid-19.

Jumlah kematian kekal pada 115 orang dengan 7,732 kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh negara setakat ini.

Seramai 6,235 pesakit sudah pulih, manakala 1,382 masih menerima rawatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.