Kerajaan alu-alukan cadangan untuk gubal RUU kurangkan kesan Covid-19, kata Takiyuddin

Kerajaan alu-alukan cadangan untuk gubal RUU kurangkan kesan Covid-19, kata Takiyuddin

Penggubalan RUU itu merupakan komitmen kerajaan untuk meminimumkan impak ekonomi dan sosial wabak Covid-19 ke atas rakyat dan industri.

Menteri di Jabatan Perdana Takiyuddin Hassan berkata, semua cadangan hendaklah berbangkit daripada kesan penularan wabak Covid-19 dan impaknya kew atas perniagaan, firma, perusahaan kecil dan sederhana serta rakyat.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan mengalu-alukan cadangan dan pandangan orang ramai dalam penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan, berkata penggubalan RUU itu merupakan komitmen kerajaan untuk meminimumkan impak penularan pandemik Covid-19 yang memberi kesan langsung ekonomi dan sosial ke atas rakyat dan industri.

“Selari dengan keputusan Mesyuarat Penggubalan RUU Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 pada 28 Mei lalu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) selaku penyelaras langkah penggubalan ini menyediakan pautan bagi sesiapa yang mempunyai saranan atau cadangan untuk RUU tersebut.

“Perlu diingatkan, segala cadangan untuk dimasukkan dalam RUU ini hendaklah berbangkit daripada kesan penularan wabak Covid-19 dan mempunyai impak terhadap perniagaan, firma, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan rakyat secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua pemegang taruh, termasuk organisasi masyarakat sivil (CSO) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu dan pihak berkepentingan boleh berbuat demikian menerusi http://www.bheuu.gov.my/index.php/ruu-covid19 bagi tindakan seterusnya sebelum atau pada 5 Jun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.