40 penduduk di Bukit Antarabangsa diarah kosongkan rumah selepas tanah runtuh

40 penduduk di Bukit Antarabangsa diarah kosongkan rumah selepas tanah runtuh

Kejadian tanah runtuh itu dipercayai berlaku susulan hujan berterusan yang mengakibatkan pergerakan tanah.

Keadaan belakang sebuah rumah teres di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa yang retak selepas dilanda tanah runtuh pagi tadi.
KUALA LUMPUR:
Penghuni 7 rumah di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, di sini diarah mengosongkan kediaman masing-masing susulan kejadian tanah runtuh di belakang rumah teres 2 tingkat itu awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.21 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian pada 2.33 pagi.

“Seramai 40 penghuni di 7 rumah berkenaan diarah mengosongkan kediaman masing-masing susulan keretakan di belakang rumah mereka,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Setakat ini, katanya, semua penghuni tidak dibenarkan berada di kediaman masing-masing sehingga pihak berkuasa tempatan memutuskan tindakan lanjut.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku susulan hujan berterusan yang mengakibatkan pergerakan tanah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.