
Lain ibu bapa lain cara untuk mendidik anak-anak mereka. Ini kerana ada yang menggunakan pendekatan tegas malah tidak kurang juga menggunakan psikologi.
Namun apa jua cara yang digunakan ia hanyalah untuk mendidik anak itu supaya menjadi insan yang berguna di masa depan.
Begitulah juga dengan seorang jururawat di UK yang tampil dengan idea kreatif untuk memberi pengajaran buat 4 orang anaknya.
Menurut Sarah Baldson, dia membeli sebuah mesin vendor dan ia diisi dengan coklat, gula-gula dan kerepek.
Namun menurut wanita dari Northumberland itu, anak-anaknya perlu membuat kerja rumah untuk mendapatkan wang.
Kemudiannya barulah ia boleh digunakan untuk membeli aneka makanan tidak berkhasiat itu.
Jika mereka lapar dan tidak mempunyai wang, mereka boleh sahaja meminta makanan sihat yang akan diberikan secara percuma.
Kata Sarah, anak perempuannya berusia 8 dan 9 tahun, manakala anak lelaki berusia 5 dan 2 tahun.
Sarah turut berkongsi mengenai kaedah unik itu dalam mendidik anaknya menerusi laman Instagram.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]