
Kasih sayang seorang ibu dan anak sememangnya tidak dapat dinafikan apatah lagi apabila terpaksa berpisah bagi satu tempoh yang agak lama.
Namun perpisahan selama 9 minggu akhir terubat apabila ibu dan anak perempuannya dapat berpelukan buat pertama kali menggunakan “tirai peluk”.
Lara Green, 35, membuat kejutan pada anak perempuannya Katie, 13, dengan tirai buatannya sendiri.
Kejutan pada anaknya itu dilakukan menerusi menerusi sebuah tingkap.
Apabila kerajaan United Kingdom meminta penduduk supaya berada di rumah melindungi diri daripada Covid-19 pada Mac lalu, Lara terpaksa membuat keputusan untuk mengasingkan anak perempuannya yang menghidap asma, Katie dengan nenek kepada remaja itu, Helen, 65, selama 12 minggu.
Bagaimanapun, selepas menyedari Katie jatuh sakit, Lara yang juga petugas barisan hadapan terpaksa menggunakan idea “tirai peluk” bagi menjaga keselamatan anaknya.
Dia bertindak melekat beg plastik sampah menggunakan pita pelekat, yang mana mempunyai lubang antara tirai tersebut.
Ia bagi membolehkannya memeluk anak perempuan dan ibunya yang terpisah selama berminggu-minggu dengan selamat.
Pada masa sama, kesemua mereka juga memakai topeng hidung dan mulut serta sarung tangan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]