Konsep rumah kaca, cara unik restoran di Belanda terapkan ‘social distancing’

Konsep rumah kaca, cara unik restoran di Belanda terapkan ‘social distancing’

Dengan konsep ala rumah hijau, restoran Mediamatic Eten menyajikan hidangan ‘vegetarian’ untuk pengunjungnya.

Restoran Mediamatic menyajikan makanan kepada pengunjung yang diletakkan dalam rumah kaca kecil sebagai satu cara mematuhi penjarakan sosial dalam memerangi penyebaran Covid-19. (Gambar AP)

Sebuah restoran di Amsterdam, dikenali sebagai Mediamatic Eten tampil dengan konsep menarik apabila menggunakan dinding kaca sebagai pemisah di antara pelanggannya.

Kelihatan seperti gaya rumah hijau pengunjung dapat menikmati pelbagai hidangan yang berasaskan sayur-sayuran.

Pada masa ini konsep itu masih dalam fasa pengujian, dan ia hanya ditawarkan kepada rakan keluarga dan staf.

Bagaimanapun menurut laman web restoran itu, semua tempahan telah habis terjual buat masa ini.

Namun selepas kerajaannya melonggarkan sekatan jarak sosial banyak tempat mulai diterima malah restoran ini menjadi tumpuan utama penduduk UK.

Menurut restoran itu, seperti yang dilaporkan CNN, pelayan mereka memakai sarung tangan dan pelindung muka untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Selain itu, pelayan juga menggunakan papan panjang untuk membawa hidangan kepada pengunjung di rumah hijau.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.