Sabah benarkan pajak gadai mula operasi esok

Sabah benarkan pajak gadai mula operasi esok

Aktiviti pajak gadai yang dibenarkan ialah bayaran balik gadaian berjadual, caj keuntungan atas barang/penebusan, transaksi gadaian dan pajakan barang sandaran baru.

Shafie Apdal berkata, kebenaran untuk kedai pajak gadai beroperasi semula tertakluk kepada SOP Kementerian Kesihatan dan peraturan PBT. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Kerajaan negeri membenarkan perniagaan pajak gadai beroperasi bermula esok.

Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal berkata kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan dan peraturan pihak berkuasa tempatan.

“Aktiviti perniagaan pajak gadai yang dibenarkan termasuk bayaran balik gadaian berjadual dan bayaran balik caj keuntungan atas barang/penebusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, transaksi gadaian dan pajakan barang sandaran baru turut dibenarkan.

Sementara itu, Shafie menyeru rakyat terus mengutamakan kesihatan diri dan keluarga serta kebersihan persekitaran untuk memutuskan rantaian Covid-19.

“Orang ramai dinasihatkan menjaga jarak sosial antara satu sama lain dan mengurangkan aktiviti di luar jika tiada keperluan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.