Tesco henti bekalan ayam dari kilang terbabit Covid-19

Tesco henti bekalan ayam dari kilang terbabit Covid-19

Jurucakap Tesco Malaysia tidak menyatakan berapa banyak daripada 60 cawangan pasar raya itu yang mendapatkan bekalan ayam dari kilang di Pedas, Negeri Sembilan.

Tesco berkata, tiada kontak rapat antara kakitangannya dan pekerja kilang ayam di Pedas Linggi, Negeri Sembilan sepanjang PKP.
PETALING JAYA:
Tesco Malaysia berhenti mendapatkan ayam dari seorang pembekal yang kilangnya diarahkan tutup awal bulan ini susulan penularan Covid-19 dalam kalangan pekerjanya.

Kementerian Kesihatan pada 2 Mei lalu mengarahkan kilang itu di Pedas, Negeri Sembilan ditutup selepas satu kluster dengan 60 orang dari sana disahkan positif Covid-19.

“Kami dimaklumkan mengenai kes positif itu pada 6 Mei dan sebagai langkah berjaga-jaga, kami segera berhenti mendapatkan bekalan dari kilang mereka di Pedas Linggi sehingga notis selanjutnya,” kata jurucakap pasar raya itu kepada FMT.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan berapa banyak daripada 60 cawangan Tesco Malaysia yang mendapatkan bekalan ayam mereka dari kilang terjejas itu.

Tetapi, Tesco berkata, tiada kontak rapat antara kakitangannya dan pekerja kilang itu sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 60 kes positif membabitkan 7 rakyat Malaysia dan 53 warga asing dikesan di kilang itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.