‘Polis lasak’ bantu polis pantau individu ingkar perintah berkurung

‘Polis lasak’ bantu polis pantau individu ingkar perintah berkurung

Robot dicipta untuk bantu polis di India memantau orang ramai yang langgar perintah berkurung.

Robot yang dicipta bukan saja boleh berjalan di atas air, malah beroperasi di permukaan licin dan berliku disifatkan sebagai tahan lasak untuk bantu polis. (Gambar Twitter)

Seorang penuntut kejuruteraan di India mencipta robot bagi membantu polis memantau orang ramai yang ingkar perintah berkurung.

Menurut laporan portal Hindustan Times, Vishal Patel penuntut tahun ketiga Institut Ashoka di Varanasi mencipta robot yang bukan saja boleh berjalan di atas air, malah beroperasi di permukaan licin dan berliku.

Robot itu mampu mengurangkan risiko pihak berkuasa daripada terdedah dengan risiko jangkitan Covid-19 ketika bertugas di tempat awam.

Vishal yang membangunkan robot itu dengan pengawasan penuntut senior, Shyam Chaurasia, berkata, inovasi itu mampu menjadi perisai keselamatan anggota polis.

Ia dapat membantu polis mengesan individu yang tidak mengikut arahan penjarakan sosial dan ingkar perintah berkurung.

Dengan kawalan jarak jauh menerusi Internet dan dilengkapi kamera pelbagai hala, robot ini juga membolehkan komunikasi dua hala.

Mengulas idea ciptaan penuntut berkenaan, pegawai saintifik di Planetarium Gorakhpur berkata, robot berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Terdapat banyak robot dibangunkan ketika ini, tetapi robot boleh digunakan di tempat lasak dan terpencil.

“Dilengkapi dengan roda, ia mampu berjalan di jalan berliku di kawasan luar bandar,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.