Lebih 4 juta dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia

Lebih 4 juta dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia

Sekurang-kurangnya 4,001,437 kes Covid-19 dengan 277,127 kematian direkodkan di seluruh dunia.

Polis menahan seorang penunjuk perasaan di Alexanderplatz, Berlin, Jerman pada Sabtu. Beberapa protes diadakan di Jerman beberapa minggu ini bagi menuntut kerajaan menamatkan sekatan yang dilaksanakan untuk membendung penularan Covid-19. (Gambar AP)
PARIS:
Jumlah kes positif Covid-19 di seluruh dunia melepasi 4 juta orang pada Sabtu, menurut statistik AFP berdasarkan sumber rasmi setakat 2145 GMT.

Sekurang-kurangnya 4,001,437 kes Covid-19 dengan 277,127 kematian direkodkan di seluruh dunia.

Amerika Syarikat ialah negara paling teruk terjejas dengan mencatatkan 1,305,544 kes dan 78,618 kematian.

Eropah pula menjadi benua paling teruk terjejas dengan 1,708,648 kes dan 155,074 kematian.

Pengiraan AFP yang menggunakan data dikumpul daripada pihak berkuasa nasional dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya mencerminkan sebahagian kecil daripada jumlah sebenar individu dijangkiti Covid-19.

Kebanyakan negara hanya melakukan ujian saringan ke atas kes paling serius.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.