2 lagi daerah diisytihar zon hijau Covid-19 di Sarawak

2 lagi daerah diisytihar zon hijau Covid-19 di Sarawak

Sarawak mencatatkan 537 kes Covid-19 sehingga hari ini dengan angka kematian kekal 17 orang.

Kuching dan Samarahan kekal dikategorikan sebagai zon merah Covid-19 di Sarawak. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Dua lagi daerah di Sarawak, iaitu Sri Aman dan Asajaya, dikategorikan sebagai zon hijau Covid-19 setelah tidak mencatatkan kes positif wabak itu dalam tempoh 14 hari.

Lundu bagaimanapun dikategorikan sebagai zon kuning selepas 1 kes positif dicatatkan di daerah itu hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

29 daerah di negeri itu kini diisytiharkan zon hijau (0 kes), 9 zon kuning (1-40 kes) sementara Kuching dan Samarahan masih dikategorikan sebagai zon merah (41 kes ke atas).

Sarawak mencatatkan 537 kes Covid-19 sehingga hari ini. Angka kematian di negeri ini kekal 17 orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.