Insentif RM2,000 untuk atlet WP menang emas Sukan SEA Filipina

Insentif RM2,000 untuk atlet WP menang emas Sukan SEA Filipina

Annuar Musa berkata ia sebagai tanda penghargaan kepada 96 atlet berkenaan.

Kontinjen Malaysia berarak pada upacara penutupan Sukan SEA 2019 di Stadium Olahraga New Clark City, Tarlac, Filipina. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Atlet Wilayah Persekutuan yang menang pingat semasa mewakili negara di Sukan SEA 2019 di Filipina tahun lepas akan diberi insentif, kata Menteri Annuar Musa.

Beliau berkata wang tunai RM2,000 akan diberi kepada pemenang pingat emas, RM1,200 kepada pemenang pingat perak, dan RM1,000 bagi pemenang pingat gangsa, bagi acara individu sebagai tanda penghargaan.

“Saya diberitahu atlet Wilayah Persekutuan yang mewakili negara di Sukan Sea akhir tahun baru-baru ini di Manila dan berjaya memenangi pingat tidak diberi insentif.

“Teruskan kecemerlangan,” katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata seramai 106 atlet merangkumi pelbagai acara akan diberi insentif, membabitkan peruntukan RM93,700.

Malaysia menghantar kontinjen 773 atlet ke Sukan SEA 2019 yang berlangsung dari 30 Nov hingga 11 Dis.

Kontinjen negara gagal mencapai sasarannya, terpaksa berpuas hati di kedudukan ke-5 carta dengan 55 emas, 58 perak, dan 71 gangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.