
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata potongan itu diberikan untuk meringankan beban perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta perusahaan mikro di Labuan yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Ini sejajar dengan inisiatif kerajaan pusat di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dalam menangani bencana global ini,” katanya.
Langkah itu akan mempengaruhi 95 perjanjian.
Tempoh potongan adalah selama 5 bulan dari Mac hingga Julai dengan kos keseluruhan berjumlah RM987,292.82, akan ditanggung oleh kerajaan.
Annuar berkata terdapat 78 perjanjian untuk kadar pajakan di bawah RM10,000; 17 perjanjian untuk kadar pajakan antara RM11,000 hingga RM50,000 dan 1 perjanjian untuk kadar pajakan melebihi RM100,000 sebulan.
Syarikat dan perusahaan berkenaan boleh menghubungi Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta Perbadanan Labuan di talian 087-408650 untuk pertanyaan lebih lanjut.