Pakar dermatologi kenal pasti 5 keadaan kulit dikaitkan dengan Covid-19

Pakar dermatologi kenal pasti 5 keadaan kulit dikaitkan dengan Covid-19

Antara keadaan yang ditemui termasuk gelaja seperti chilblain, lepuh kecil, lebam kemerahan dan tompok pada kulit.

Antara keadaan yang ditemui termasuk gelaja seperti chilblain, lepuh kecil, lebam kemerahan dan tompok pada kulit. (Gambar Twitter)

Doktor mendakwa mengenal pasti 5 keadaan kulit yang ada kaitan dengan jangkitan Covid-19 setelah melakukan kajian terhadap hampir 400 pesakit di Sepanyol.

Penyelidikan dilakukan Akademi Dermatologi Sepanyol ke atas 375 pesakit bertujuan untuk memberi gambaran bagaimana penyakit itu menimbulkan gejala pada kulit.

Pakar dermatologi Sepanyol diminta untuk membantu mengenal pasti pesakit yang mempunyai erupsi kulit yang tidak dapat dijelaskan dalam tempoh 2 minggu lalu dan mereka yang disyaki atau disahkan positif Covid-19.

Antara keadaan yang ditemui termasuk gelaja seperti chilblain, lepuh kecil, lebam kemerahan dan tompok pada kulit.

Namun penyelidik ingin menekankan dalam beberapa kes, sukar untuk mendedahkan jika keadaan itu disebabkan koronavirus secara langsung.

Justeru masyarakat digesa untuk tidak melakukan diagnosis diri berdasarkan simptom kulit kerana ruam dan lepuh adalah perkara biasa dan sukar untuk membezakan tanpa kepakaran perubatan.

Penyelidikan dilakukan melalui soal selidik dan foto keadaan kulit untuk mengesan corak kemungkinan kesan virus pada kulit.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.