
Tiga yang lain terdiri warga China, Amerika Syarikat dan Kemboja.
Mereka didapati keluar untuk ke gimnasium dan kedai serbaneka.
Kementerian berkata, 4 lagi warga asing yang juga didapati melanggar peraturan kuarantin diberi kelonggaran atas alasan munasabah dan hanya didenda.
Semua warga asing yang tiba di Korea Selatan selepas 1 April mesti menjalani kuarantin.
Setakat ini, 18 warga asing dihantar pulang ke negara asal masing-masing kerana melanggar peraturan kuarantin, termasuk mereka yang diusir apabila enggan mematuhi peraturan itu.
Sementara 35 lagi tidak dibenarkan masuk ke Korea Selatan semasa proses pemeriksaan kastam di lapangan terbang.
Pada Jumaat, negara itu mengesahkan 9 kes baru menjadikan keseluruhan kes 10,774, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC). Daripada 9 kes baru itu 8 adalah kes import.