
Esprit cawangan Taiwan pada Selasa berkata, selain China, syarikat itu memutuskan untuk menutup semua 56 kedai di Asia, termasuk di Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Macau.
Di Taiwan, Esprit mempunyai 26 cawangan.
Langkah itu sebahagian usaha mengatasi cabaran akibat pandemik Covid-19.
“Ini adalah langkah yang tepat untuk Esprit kerana pandemik Covid-19 memberi kesan dramatik kepada perniagaan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Anders Kristiansen dalam kenyataan bertarikh 27 April lalu di laman web Esprit.
Jualan runcit di Asia menurun 44.2% dalam tempoh 9 bulan sehingga 31 Mac lalu dan lebih 90% pendapatannya dalam tempoh itu dijana di Eropah.