Sabah benarkan kedai elektrik, baja kimia dibuka 3 hari seminggu

Sabah benarkan kedai elektrik, baja kimia dibuka 3 hari seminggu

Dua jenis perniagaan itu dibenarkan beroperasi mulai 8 pagi hingga 5 petang pada Selasa, Khamis dan Sabtu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Safar Untong berkata kedai elektrik dan elektronik hanya dibenarkan menjual alat ganti saja. (Gambar Facebook)
KOTA KINABALU:
Kerajaan Sabah bersetuju membenarkan kedai elektrik dan elektronik serta kedai baja dan kimia beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Safar Untong berkata 2 jenis perniagaan itu dibenarkan beroperasi 3 hari seminggu pada Selasa, Khamis dan Sabtu mulai 8 pagi hingga 5 petang.

“Kedai elektrik dan elektronik dibenarkan beroperasi untuk tujuan menjual alat ganti saja, manakala kedai baja dan kimia dibenarkan beroperasi bagi memenuhi keperluan tempatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.