Mangsa banjir Sabah kekal 5,017 orang

Mangsa banjir Sabah kekal 5,017 orang

Jumlah itu melibatkan mangsa dari 86 kampung yang terjejas akibat banjir.

banjir pps
Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 5,017 orang, membabitkan tiga daerah terjejas iaitu Pitas, Paitan dan Tawau, setakat 8 pagi tadi. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang berlindung di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terjejas di Sabah kekal 5,017 orang setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan, memaklumkan jumlah itu melibatkan mangsa dari 86 kampung yang terjejas akibat banjir.

“Jumlah mangsa banjir di Pitas, Paitan dan Tawau tidak berubah sejak malam tadi, iaitu masing-masing sebanyak 2,701 orang, 2,071 orang dan 245 orang,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.