
Sebuah zoo di Thailand dikritik kerana menggunakan seekor cimpanzi untuk melaksanakan operasi sanitasi bagi mengekang penularan Covid-19.
Bagaimanapun, pihak berkuasa di negara itu meminta kakitangan zoo dan Ladang Buaya Samutprakarn agar menghentikan aktiviti tersebut dengan serta-merta.
Ramai yang menyuarakan kebimbangan selepas tular sebuah video yang mempamerkan seekor cimpanzi berusia 6 tahun dipakaikan baju sambil menaiki basikal untuk menyembur cecair pembasmi kuman.
Cecair itu diletakkan dalam satu tong di bahagian belakang basikal sambil haiwan berkenaan membuat semburan di sekitar kawasan zoo.

Menteri Alam Sekitar, Varawuth Silpa-archa turut hadir ke zoo itu dan meminta pemilik berkenaan menghentikan segala aktiviti yang boleh mengancam haiwan berkenaan.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama zoo berkenaan terpalit dengan kontroversi.
Pada 2018, zoo itu dikritik kerana menggunakan sepasang gajah yang kelihatan kurus dan tidak bermaya dalam pertunjukan mereka.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]