
PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan orang ramai menderma darah kerana bekalan di Tabung Darah Negara berkurangan sebanyak 33% sejak perlaksanaan perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai dibenarkan ke hospital dan klinik kesihatan bagi tujuan menderma darah dari 10 pagi hingga 10 malam.
“Pusat Darah Negara memohon kebenaran untuk beroperasi dan pergerakan penderma darah untuk menderma darah,” katanya pada sidang media hari ini.