Klinik haiwan swasta dibenarkan beroperasi

Klinik haiwan swasta dibenarkan beroperasi

Perkhidmatan rawatan hendaklah dilakukan berdasarkan temujanji.

PUTRAJAYA:
Kerajaan memberi kebenaran kepada klinik veterinar swasta untuk beroperasi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan.

Namun bagi mengelakkan kesesakan di klinik dan mengawal pergerakan secara besar-besaran, perkhidmatan rawatan hendaklah dilakukan berdasarkan temujanji.

“Pemilik haiwan peliharaan perlu menghubungi klinik veterinar berdekatan dengan lokasi yang mereka tinggal untuk mendapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu,” kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.