
“AS menyokong WHO selama ini dan menjadi penyumbang nombor satu. Kami menghargainya,” kata Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat di Geneva.
Sementara itu, Romania akan menarik balik sekatan pergerakan di seluruh negara selepas 15 Mei, apabila darurat berakhir, umum presiden Klaus Iohannis pada Rabu.
“Selepas 15 Mei…kita tidak akan lanjutkan sekatan pergerakan kepada individu, dibenarkan bergerak tanpa perlu beritahu sebab dan mana nak pergi.”
Perdana Menteri Finland Sanna Marin berkata, pada Mei negara ini mungkin akan mengumumkan sekatan pergerakan dilonggarkan secara berperingkat, sambil memberi amaran keadaan Covid-19 masih serius.
Berhubung keputusan sama ada sekolah akan dibuka semula, beliau berkata, risiko wabak perlu dipertimbangkan, terutama kepada murid dan pelajar yang mengalami kesulitan mengikuti pembelajaran dalam talian.
Mulai 11 Mei, Sao Paulo yang menjadi pusat wabak Covid-19, beransur-ansur melonggarkan sekatan pergerakan bermula 24 Mac, kata Gabenor Joao Doria.
Langkah penjarakan sosial akan dilonggarkan mengikut wilayah, bergantung keadaan setempat, katanya pada sidang media.